FORGOT YOUR DETAILS?

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Act Personal Data Protection

NOTIS KEPADA SEMUA PELANGGAN BURAQOIL 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Notis ini di keluarkan berikutan dengan penguatkuasaan APDP bagi pihak:

IPTB Sdn Bhd (Co. No. 619800-H) (dahulunya dikenali sebagai Konsortium IPTB Sdn Bhd)

IPTB Sdn Bhd mengakui dan mengenalpasti yang anda telah memberikan kepada IPTB Sdn Bhd, data peribadi anda yang termasuk, tetapi tidak dibataskan kepada:

  • Nama, Nombor kad pengenalan atau nombor paspot
  • Alamat peribadi
  • Telefon peribadi / nombor hubungan telefon bimbit peribadi dan alamat e-mel peribadi
  • Butiran kewangan peribadi
  • Butiran kecemasan untuk berhubung dengan pihak ketiga dan hubungan dengan pihak ketiga

Data peribadi di atas dirujuk:

  • Yang telah diberikan oleh anda kepada IPTB Sdn Bhd pada awalannya ketika anda ingin memulakan satu hubungan kontraktual, atau bagi tujuan untuk mengemaskinikan maklumat yang dituntut untuk meneruskan hubungan kontraktual anda dengan IPTB Sdn Bhd; dan / atau
  • Yang telah diperolehi daripada perkhidmatan pembekal pihak ketiga termasuk pelaporan kredit dan agensi-agensi sedemikian lain bagi membolehkan IPTB Sdn Bhd menilai (atau meneruskan untuk menilai) hubungan kontraktual anda dengan satu IPTB Sdn Bhd kemudiannya di rujuk secara kolektif sebagai “Tujuan Kontraktual”.

IPTB Sdn Bhd seterusnya menjamin anda bahawa IPTB Sdn Bhd mengambil langkah-langkah memastikan data peribadi dikehendaki adalah atas sebab Tujuan Kontraktual yang diperlukan IPTB Sdn Bhd.

IPTB Sdn Bhd menjamin anda bahawa data peribadi anda hanya akan diproses oleh IPTB Sdn Bhd bagi Tujuan Kontraktual dimana data peribadi anda yang telah diberikan kepada IPTB Sdn Bhd (atau didapatkan oleh IPTB Sdn Bhd dari satu pihak ketiga seperti yang disebut di atas). IPTB Sdn Bhd tidak terlibat dalam memproses data peribadi untuk apa-apa maksud lain di luar tujuan perniagaan yang sah didalam industri minyak. IPTB Sdn Bhd seterusnya menjamin anda bahawa IPTB Sdn Bhd tidak memproses data peribadi untuk apa-apa maksud lain termasuk untuk penyebaran kepada pihak lain di luar IPTB Sdn Bhd atas apa jua sebab melainkan sebaliknya dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang. IPTB Sdn Bhd hanya akan mengekalkan data peribadi anda apabila perlu malah hanya di dalam tempoh yang diperlukan mengikut keperluan dalaman IPTB Sdn Bhd dan / atau undang-undang yang berkaitan.

Berdasarkan ADPA, anda mempunyai hak bagi mendapatkan akses dan mengkaji semula data peribadi anda dimiliki IPTB Sdn Bhd dan, jika perlu, membuat pertanyaan kepada IPTB Sdn Bhd untuk membetulkan data peribadi tersebut, jika perlu. Anda boleh mengajukan permintaan anda untuk akses, atau membuat sebarang aduan terhadap sebarang penyalahgunaan data peribadi dimiliki IPTB Sdn Bhd, melalui email kepada: info@buraqoil.com.my (Untuk perhatian: Ketua Unit Perundangan)

Anda boleh seterusnya menulis kepada IPTB Sdn Bhd memberitahu IPTB Sdn Bhd sebarang batasan yang ingin anda letakkan dalam pemprosesan data peribadi anda. Bagaimanapun, manakala kami akan ambil semua langkah diperlukan untuk mengikuti permohonan anda, kami mewaspadakan anda bahawa had-had sedemikian mungkin mempunyai implikasi-implikasi yang boleh menjejas keupayaan anda meneruskan sesebuah kontrak dengan IPTB Sdn Bhd, atau kesinambungan mana-mana hubungan kontraktual anda miliki dengan IPTB Sdn Bhd. Dalam kejadian sedemikian, anda akan dinasihati sewajarnya.

Terima Kasih.

PIHAK PENGURUSAN IPTB SDN BHD (BURAQOIL)

TOP